Assalamualaikum. Ari ni bersiaran awal sebab tuan tanah ada hal sampai petang, jadi Mas hidangkan Puding Kentang yang sedapp ni untuk semua. Resepi asal dari Kak Dayang Jack dan nampak lak Kak Yatie pun dah try puding ni. Rasanya memang sedap..lemak2 manis gitu..makan masa sejuk2 memang best. Nyaman jer tekak.....
Untuk
semua, sila la jamu mata ngan puding kentang ni..BW akan berjalan
petang nanti..insyaAllah....bye semua.....lapp u all.....
Puding Kentang
Resepi Asal : Kak Dayang Jack
Sumber : Kak Yatie
Bahan :
- 10 g serbuk agar-agar
- 2 biji ubi kentang sederhana saiznya
- 200 g gula pasir
- 200 ml santan pekat
- 125 ml susu cair
- 500 ml air
- 3-4 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar mentega
- 3 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
- pewarna atau perisa mengikut citarasa - jika perlu
Cara membuatnya :
- Ubi kentang dicuci bersih (tidak perlu kupas kulitnya). Kemudian direbus bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah itu, kupas kulitnya, dan blend sehingga lumat bersama 180 ml air. Ketepikan.
- Satukan gula bersama 500 ml air dan serbuk agar-agar di dalam periuk. Mas agak keliru sebab 500ml air dicampur dengan serbuk agar2 dan dimasak dan 180ml air kat no 1 tu tak de dlm senarai bahan2, jadi Mas masukkan 320ml air + serbuk agar2 setelah ditolak dengan 180ml air yang dikisar dengan kentang tu.
- Didihkan sehingga gula larut. Kemudian, masukkan ubi kentang yang sudah dikisar tadi diikuti santan, susu pekat dan susu cair. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
- Masukkan mentega dan tepung kastard. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
- Jika suka, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Kemudian tuangkan adunan di dalam bekas yg bersesuaian samada secara berselang seli mahupun berlapis. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.
Nota :
- Seelok-eloknya guna bekas kecil kerana puding ini agak lembut. Tetapi boleh kurangkan sukatan air mengikut citarasa.
- Jika hendak senang keluarkan puding dari acuan, basahkan dulu acuan dengan air baru tuang puding tu....
- Selamat Mencuba!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar