selamat datang

wellcome di peluang & spirit

Selasa, 17 Januari 2012

Kek Gulung Kasih


Assalamualaikum...

Petang semalam dok blog walking ke rumah kengkawan.. sempat jugak singgah sekejap ke rumah Dayang Jack.  Tiba2 hati terpaut bak kata orang.. jatuh cinta pandang pertama gitu bila terpandang Kek Gulung Kasih yang DJ buat... hehe.. serupa jugak macam kes terpandang Kek Alunan Kasih di rumah Mamasya dulu tu... rasa macam tak sempat2 je nak mencuba!  Lagipun.. bahan2 semua bahan2 basic aje & memang semua ada kat rumah... tanpa berlengah.. terus sms kat anak dara kat rumah tu suruh dia keluarkan telur dari peti sejuk.. hehe..  So malam tadi jugak ku jalankan eksperimennya! Hari ni pun tak sabar2 nak update hasilnya ke blog.. hehe..


Minggu ni.. Mr. Hubby kerja shift malam.. macam biasa rutin dia bila kerja malam.. dia yg siapkan menu dinner a.k.a menu sebelum dia pergi kerja.  Nak harap wife dia balik masak memang tak sempatlah sebab aku sampai rumah pun dah hampir pukul 7 malam.  Sedangkan dia kena pegi kerja dalam pukul 7.30 ~ 7.40 gitu.. Mr. Hubby orangnya jenis suka makan kat rumah berbanding kat kedai kecuali dalam kes2 tertentu seperti pegi jalan2 atau shopping ker.. itu lainlah kan.  Kalau dah memang ada kat rumah.. seboleh2nya dia akan makan kat rumah.. So jalan penyelesaiannya.. dia kenalah masak sendiri!  Mem dia balik tinggal sambung je keje2 dia yang kadang kala separuh jalan tu.. Kalau bernasib baik... balik2 je dia dah settle semua dah.. tinggal cedok nasi jer gambar2 tak ambiklah ye sebab bukan sendiri masak.. hehe.. Thanks abang! Sebab tulah.. aku pesan kat anak suruh keluarkan telur awal2... so lepas dinner, bersihkan diri solat etc.. terus boleh jalankan eksperimen aku.. hehe...  

Oklah sebelum meneruskan ke resepi... nak ucapkan terima kasih pada Dayang Jack untuk resepi kek yang sedap ni.  Anak2 semua tak sabar nak rasa.. tapi.. semua kena tunggu ibunya klik-klik dulu.. hahaha.. (kejam sungguh!) Bila dah rasa semua kata sedap!  Cuma ibu dia je makan sikit je sebab pada tekak aku kek ni agak manis sikit..  yelah.. dah bila sapu dengan jem.. tentulah lebih manis rasa dia..  tapi budak2 tu suka jer cuma aku je yg tak boleh makan manis2 sangat.. hehe.. Dapatlah tinggalkan kat diaorang pagi ni sebab dorang tu dok rumah je sepanjang cuti sekolah ni.  Yang kecik je hantar ke baby sitter.  

Oklah DJ.. akak mintak izin C&P ke blog akak pulak yer... Rasanya lepas ni ramai lagi yang berkenan nak mencuba resepi ni... tengok pada komen kat blog DJ tu.. Izah & Mas pun macam berminat nak buat jugak.. kita tunggu versi diorang pulak yer.. hehe..  Oh ya Dayang.. akak mintak maaf sebab guna warna lain dari yang disarankan.. bukan apa... warna2 tu semua jarang2 digunakan terutama warna purple & biru tu.. sebab tu sengaja guna warna2 tu semua sebab kalau tak guna.. bilalah nak abis pewarna yg masih  banyak tu.. hehe..

Oklah.. menceceh tak abis2 makcik sorang ni bila dah menulis.... jom tengok resepi pulak!

Kek Gulung Kasih by Dayang Jack
Source : MaDiHaA a.k.a Ratna
[loyang Dayang saiz 17cm x 24 cm ~ Loyang MaDiHaA saiz 9" x 9"]

bahan-bahan :

70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning [MaDiHaA guna warna merah, purple & biru]

Cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja.  MaDiHaA pun ikut sama macam DJ!). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. [MaDiHaA gulung dulu kek tanpa sapu jem kemudian buka semula gulungan barulah sapu jem & gulung semula kemas2]
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 
mintak tolong anak2 bancuh warna2 tu semua.. anak bujang ku yang sorang tu pulak sibuk 
nak tolong menompokkan adunan.. tah apa2 corak dia buat! hehe..



Selamat mencuba!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar